Followers

Saturday, May 28, 2011

Adakah AURAT itu menjijikkan mata???!

oleh BeeLa SiTi pada pada 28hb Mei 2011 pukul 7.37 ptg
Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(At Tahrim: 6)
Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.”
(Al Mulk: 12)

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..

-Imam Hasan Al-Basri-

~jadi wahai muslimat sekalian,tutupilah auratmu sebelum orang lain tutupkan...tutup tak bermaksud bungkus aurat..(^_^)..kalian akan mendapat dosa dua kali ganda jika tidak menutup aurat..kenapa??sebab kalian telah melanggar perintah Allah iaitu tidak menutup aurat dan telah membiarkan lelaki bukan mahram melihat aurat anda..mahukah kalian menunggu syurga di pintu neraka??nauzubillah min zalik.. jadi,peliharalah aurat kalian..peringatan buat diri saya juga..=)
Wallahu A'lam~ (^_^)

Friday, May 20, 2011

Matahari terbit dari barat tanpa disedari.

Matahari terbit dari barat tanpa disedari.

Menurut seorang ahli psikologi, berdasarkan kepada penyelidikan lanjutan mengenai anomali (keluarbiasaan), menjelang 2012, sesuatu fenomena membimbangkan diramalkan akan berlaku.

Ramalan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bahawa dalam beberapa tahun hadapan berkemungkinan berlaku perubahan pada kutub magnet bumi.

Walaupun sukar dipercayai, misalnya NASA mengatakan bahawa pada tahun 2001 bintang kita ‘matahari’, telah mengalami perubahan kutub tersebut.

Namun kerana jisim matahari seragam dan kita tidak tinggal di sana, manusia secara relatif tidak merasakan perubahan berkenaan.

Bumi diibaratkan sebutir telur yang mana kulit telur merupakan dataran dan lautan tempat kita berpijak manakala cairan telur adalah bahan larva logam cair sementara inti bumi adalah kuning telur yang merupakan logam padat pada suhu tinggi.

Inti bumi inilah yang memiliki medan magnet yang keluar dari Kutub Utara menuju Kutub Selatan yang dikenal dengan Sabuk Van Hallen.

Dalam beberapa dekad akan datang, dinyatakan Kutub Utara telah bergeser dalam darjah yang signifikan tetapi tidak dapat dipastikan bila berlakunya pergeseran di mana Kutub Utara menjadi Kutub Selatan.

Mungkin dalam beberapa tahun atau ratusan tahun akan datang.

Bukan bumi yang berputar, tapi inti bumi dan kerak bumi yang diisi oleh cairan, posisi inti dan kerak yang sebenarnya berputar seperti kuning telur berputar di dalam telur.

Jadi jika ini berlaku apakah kesan terhadap kehidupan di dunia?

Satu hal yang pasti adalah jarum kompas tidak akan lagi menunjuk ke arah utara tetapi ke kutub magnet Utara yang sudah berpindah di Selatan.

Adakah cuma jarum kompas berubah arah?

Senario paling buruk mungkin melibatkan gangguan magnetik yang boleh merosakkan peralatan elektronik, satelit, elektrik atau peranti teknologi lain.

Cuba fikirkan, apabila kutub magnetik Utara bumi ada di Selatan, dari mana Matahari akan terbit? -estidotmy

Tuesday, May 17, 2011

MALAIKAT MAUT MELAWAT KITA SETIAP 21MNT???

Bismillahirrahmanirrahim

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!

Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yang Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI
Sentiasalah merenungi hari kematianmu kelak

Sumber : Klik Sini

Monday, May 16, 2011

Kebaikan bertudung labuh dari perpektif sosial dan sains~Baca tau!

oleh Adoiiii!!Bertudung tuh biarlah menutupi dada kan cantik~ pada pada 17hb Mei 2011 pukul 9.56 pagi
Antara kelebihan yang kita akan dapat apabila bertudung labuh dari aspek sosial ialah:


1) Dapat mengelakkan daripada diraba..
-haa....yang ni admin sangat-sangat lah bersetuju..selalunya sebab utama perempuan kena gangguan seksual pon sebab dorng tu duk tayang body yang meletop tu,baju terbukak sana sini,bagi yang bertudung tapi singkat ,baju pon ketat.mana la buaya darat tak datang hinggap kan?.jadi,bila kita dah pakai tudung yang labuh,sekurangnya dihindari dari gangguan seksual kerana terlindung dari penglihatan..


2)Elakkan daripada diragut.
-Cuba korang renung-renungkan,selalunya wanita yang kena ragut mesti sebab mereka dok tayang handbag guess original depa tuhh...jalan lenggang lenggok sambil bawak handbag merupakan faktor utama berlakunya kes ragut.Oleh itu,bagi wanita yang bertudung labuh,mereka jarang sekali mengalami kes ragut sebab handbag mereka terlindung disebalik tudung labuh tu..peragut pon tak nampak mana handbag mereka...jadi selamatlah wanita itu..=)


3)Mendekatkan jodoh dengan lelaki soleh
-memang tak dinafikan,lelaki baik hanya untuk wanita yang baik.admin juga ada terbaca kisah seorang wanita yang pada mulanya bertudung labuh,namun akhirnya tidak lagi bertudung labuh kerana takut dirinya tidak dipinang,yelah,baginya lelaki tidak pandang perempuan yang bertudung labuh.errmm,tapi bagi pendapat admin,dengan bertudung labuh la kita dapat memikat hati lelaki yang beriman dan soleh.lelaki walaumacamane jahat pon dia lebih gemar memilih perempuan bertudung labuh kerana dia jamin,masih ada sifat malu di dalam diri wanita itu untuk dijadikan teman hidup :)


4)Tudung labuh sebagai pemberi hormat
-selalunya bila wanita bertudung labuh menaiki kenderaan awam,pastinya lelaki tidak akan duduk disebelahnya.lelaki lebih berasa hormat dengannya.berbanding pula dengan wanita yang seksi,apabila menaiki kenderaan awam,banyak la sang buaya yang akan duduk berdekatan dengannya.yelah,tengok wayang free sape tak nak kan? -_ Selain itu,apabila wanita bertudung labuh hendak membeli kuih contohnya,pastinya si penjual akan layan dengan cara yang bersopan santun dan memnjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan duit baki.alangkah indahnya wanita bertudung labuh ni kan..^_^

5)Elakkan dari dapat dosa free
-Bertudung labuh ini dah dapat mengelakkan kita dari mendapat dosa free yang kita x sengaja dan tidak perasan.Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan datang.So..prepare lah diri yer~

Aspek Sains pula

...terdapat kajian mengenai kebaikan bertudung menurut perspektif sains di dalam cuaca panas yang melampau seperti ini. Kenyataan tersebut saya temukan dari satu artikel bertajuk ‘The Science Behind The Veil’ di IslamOnline.net tulisan Karima Burns. Beliau menyatakan :


“ Keputusan dari ujian perubatan menunjukkan, 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk lebih mampu mengawal suhu badannya sekitar 50% berbanding yang lain.”


“Menutup kepala juga menjadi lebih penting ketika berada di dalam cuaca panas. Seorang pakar kajian otak yang terkemuka, V.G. Rocine, mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 108 darjah. Keadaan ini dengan mudah boleh terjadi jika seseorang berada secara tetap di bawah terik matahari untuk suatu tempoh waktu yang lama tanpa penutup/pelindung kepala. Ketika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada otak, kehilangan memori dan kehilangan sebahagian fungsi otak.

Walaupun contoh ini kelihatan ekstrim, kerosakan otak masih boleh diukur dalam julat yang kecil kesan dari pendedahan berterusan dan keadaan kepala yang terlalu panas.”

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya, walau apa pun alasan dan kajian yang ada, Muslimah yang benar-benar faham akan tuntutan syari’at dan agama, mereka menyarungkan pakaian dan tudung yang sempurna buat menutup aurat, bukanlah kerana pengaruh cuaca dan iklim setempat. Bukan juga kerana ingin meraih manfaat atau kebaikan untuk diri semata-mata. Akan tetapi, pelaksanaan itu lahir dari kepatuhan dan pengabdian seorang hamba kepada Pencipta Yang Maha Hebat. Itulah kemuncak penyerahan diri yang sebenar-benarnya kepada Allah Yang Maha Esa.

Renung2 kan yer dari admin~

Thursday, May 5, 2011

petikan dari Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]
ASAL USUL KOMUNIS[ATHIES)DAN TERUS KEPADA KAPATALIS DAN AKHIRNYA KMBALI KPDA KOMUNIS.

Plato, digambarkan sebagai guru paling bijak dalam sejarah Yunani selain merupakan madrasah kepada pemikiran Aristotle peringat awal. Kalau tamadun akhir mengenali Aristotle melalui karya Ibnu Sina, Plato pula dikenali melalui karya Aristotle. Karya agung daripada tokoh pemikir ini lahir dalam bukunya ‘The Republic’ 390 tahun sebelum nabi Isa A.S diahirkan.

Republic cuba membawa suatu konsep pemerintahan yang ideal. Dan ini cuba diimplementasikan dalam sistem Negara Athens, yang merupakan musuh kepada Sparta. Athens yang mengamalkan demokrasi ketika yang sama dijangkiti dengan penyakit perbalahan perebutan kuasa dan wujud ketidakadilan yang berleluasa serta kemerosotan sistem sosial yang stabil.

Plato secara ringkasnya mengenalkan sistem kasta. Beliau menyebutkan pemerintah adalah suatu kasta yang bebas daripada sebarang eksploitasi ekonomi. Membezakan sistem pendidikan antara dua kelas dan sekaligus membentuk suatu masyarakat elit. Masyarakat yang dikuasai oleh golongan elit turun temurun ini cenderung kepada kefahaman kebendaan dan penjajahan. Kebajikan warganegara tidak dipedulikan dan kezaliman yang ganas diwajarkan selain membenarkan kaedah tipu helah sebagai alat pemerintahan.

Inilah rahsia ‘komunisme’ dalam republic Plato. Konsep ini tidak mengendahkan kesan buruk daripada kuasa mutlak dan dari itulah para oligarki menggunakannya sebagai pembelaan yang ‘bertulis’ untuk berhujah. Pandangannya digunakan oleh raja yang zalim untuk mengamalkan tipu helah kepada rakyat, bahkan ianya dianuti bagi mewajarkan tindakan ahli politik yang mencari untung untuk diri sendiri.

Idea Plato tetap kekal hingga kehari ini, berulangkali mereka yang romantik dan bermimpikan Utopia kembali kepada ideanya untuk mendapatkan inspirasi.Jadi, adalah tidak menghairankan bila Karl Marx mengambil Darwin sebagai gurunya untuk menghalalkan Komunisme Global melalui fekah biologi evolusinya. Walauapapun kaedah yang digunakan, matematiknya tetap sama. Das Kapital yang dipelajari Lenin mengambil Kesatuan Soviet sebagai model negara gagasannya. Negara ini menghasilkan buah pergolakan, perebutan kuasa, revolusi dan kezaliman total. Hinggalah riwayatnya ditamatkan dengan kelahiran negara ‘bertanah besar’ yang mengamalkan korupsi sana sini.

Namun demikian, walaupun tiada kedengaran semboyan Komunisme Global secara terang-terangan, sekarang pemerintahan yang ada berselindung disebalik demokrasi untuk mewajarkan kapitalisme. Iaitu suatu bentuk baru rejim komunis menghisap darah manusia, yang berevolusi daripada sistem politik kepada sistem ekonomi.